AWANG HAD SALLEH GRADUATE SCHOOL MENERIMA KUNJUNGAN DARI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

on .

 

2 rossie 3

19 Januari 2017 (Khamis), Awang Had Salleh Graduate School (AHSGS) telah menerima kunjungan oleh Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mana Universiti Utara Malaysa (UUM) telah menjadi pilihan untuk dijadikan penanda aras selepas Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pusat Pengajian Siswazah, UMK sedang dalam perancangan menstrukturkan semula sistem organisasi pengurusan akademik bagi mentransformasikan Pusat Pengajian Siswazah di Universititersebut untuk menjadi Graduate School.

Dalam lawatan tersebut pihak Pusat Pengajian Siswazah, UMK dan AHSGS, UUM telah mencapai kata sepakat untuk berkolaborasi bagi usahasama dalam program Double Degree, Joint Colloquium dan Mobiliti Pelajar. Melalui perjanjian tersebut diharapkan juga dapat berkongsi kepakaran dari sudut Course Sharing yang mana pelajar UUM yang berasal dari Kelantan dapat mengikuti kursus yang terdapat di UMK sebagai contoh Academic Writing dan Research Methodology. Pihak Pusat Pengajian Siswazah telah menjemput pihak AHSGS untuk ke UMK bagi membincangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai cadangan Memorandum Persefahaman antara kedua belah pihak.

Dekan AHSGS, Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah UMK, Prof. Abdul Jamal Abd Hamid dan Penolong Pendaftar, Encik Murhazlan Mohamed, kerana sudi  membuat kunjungan ke AHSGS.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Prof. Dr. Shahizan Hassan dari Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business dan Encik Abd. Rahman Mohd Isa dari Unit Pengajian Siswazah, Hal Ehwal Akademik (HEA). 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim