Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences

AHSGS INVITED SPEAKER SERIES

Invited

20 Februari 2018: Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences telah mengadakan AHSGS Invited Speaker Series yang pertama pada tahun 2018 dengan jayanya.

Sesi ini telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Alias Abdullah, Ketua Kluster Kejuruteraan dan Alam Bina, Majlis Profesor Negara (MPN) bertajuk "Thesis Writing & Examination from the Perspective of Examiners" di Dewan Seminar, UUM CAS.

Fokus utama sesi ini adalah untuk membantu para pelajar pascasiswazah dalam menyiapkan diri dalam penulisan tesis dan menghadapi ujian lisan tesis (viva voce) kelak. Pelbagai tips dan perkongsian pengalaman beliau sebagai pemeriksa tesis telah dikongsi semasa sesi berkenaan.

Seramai 172 orang peserta telah menghadiri sesi ceramah ini yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah UUM dan para pensyarah UUM sendiri. Sesi ceramah selama dua jam setengah ini dimulakan dengan aluan oleh Dekan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences, Prof. Dr. Abdull Sukor Shaari.

Prof. Dr. Abdull Sukor Shaari mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dato’ Dr. Alias Abdullah kerana sudi hadir ke Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam dunia akademik terutama dalam penulisan tesis. Ceramah sebegini amatlah bermanfaat kepada para pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah dalam meneruskan pengajian mereka. Beliau menyampaikan perhargaan berikutan sambutan penyertaan yang amat menggalakkan dari kalangan pelajar pascasiswazah dalam program sebegini.

Sebelum sesi ceramah dimulakan Prof. Dato Dr. Alias Abdullah diiringi oleh Dekan AHSGS telah dibawa melawat Anjung Tamu UUM dan Managers Coffee. Beliau berasa teruja dengan fasiliti yang disediakan oleh pihak UUM dalam menyediakan suasana yang kondusif kepada para tetamu dan pelajar UUM sendiri.

-TAMAT-



Footer UUM Dec2018

 

CONTACT US

Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS)

Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman MALAYSIA

Tel : +604-928 5299
Email: ahsgsservices@uum.edu.my

OFFICE HOURS

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

SOCIAL MEDIA