Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences

PENDAFTARAN PELAJAR BARU PASCASISWAZAH AHSGS

AHSGS New Postgraduate Student Registration Jan 2019

Pendaftaran pelajar baharu Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS) bagi trimester kedua 2018 / 2019 telah berlangsung pada 26 Januari 2019 bertempat di Ruang Legar Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Semester ini mencatatkan sejumlah 63 orang pelajar telah mendaftar yang terdiri daripada  47 orang pelajar program Master dan 16 orang pelajar Ijazah Kedoktoran bagi program yang ditawarkan oleh tujuh Pusat Pengajian di bawah UUM CAS.

Pihak AHSGS telah menawarkan 139 tempat bagi pemohon yang telah berjaya menyambung pengajian di peringkat sarjana dan Ijazah Kedoktoran bagi semester ini.

Prof. Dr. Ku Ruhana Ku Mahamud, Dekan AHSGS mengalu-alukan  kehadiran pelajar baru AHSGS serta melahirkan penghargaan kepada semua pelajar kerana telah memilih Universiti Utara Malaysia sebagai destinasi ilmu untuk melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah.

Beliau juga turut menzahirkan hasrat agar para pelajar dapat menggunakan sebaik-baik peluang yang ada untuk memastikan pelajar dapat bergraduat dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Satu sesi taklimat umum akademik telah disampaikan oleh Dr. Nur Haryani Zakaria, Timbalan Dekan AHSGS dan diikuti dengan sesi taklimat khusus yang dijalankan oleh setiap wakil penyelaras dari setiap pusat pengajian di bawah UUM CAS.

 



Footer UUM Dec2018

 

CONTACT US

Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS)

Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman MALAYSIA

Tel : +604-928 5299
Email: ahsgsservices@uum.edu.my

OFFICE HOURS

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

SOCIAL MEDIA