Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences

BENGKEL THREE MINUTE THESIS

 

 

Bengkel 3MT Anjuran AHSGS UUM CAS

 

UUM ONLINE: Seramai 39 pelajar pasca-siswazah mengikuti Bengkel “Three Minute Thesis” (3MT) yang berlangsung di DKG 4/2, pada bulan Mac yang lalu.

Program selama dua jam yang bermula pukul 10.00 pagi ini dikendalikan oleh Timbalan Dekan Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences (AHSGS), Dr. Nur Haryani Zakaria.

Menurutnya, objektif bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam mengenai pertandingan 3MT dan memupuk minat para pelajar pasca-siswazah untuk menyertai pertandingan ini.

“Bengkel ini meningkatkan kemahiran dan tahap keyakinan pelajar pasca-siswazah dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi sesi pembentangan viva kelak,” ujarnya.

Jelasnya, Pertandingan 3MT melibatkan dua peringkat iaitu kolej dan universiti.  Peringkat Kolej Sastera & Sains (UUM CAS) dijangka berlangsung pada 16 April di Studio OYAGSB pada jam 10.30 pagi Manakala di peringkat  UUM di Manager’s Coffee pada 30 April 2019.



Footer UUM Dec2018

 

CONTACT US

Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS)

Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman MALAYSIA

Tel : +604-928 5299
Email: ahsgsservices@uum.edu.my

OFFICE HOURS

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

SOCIAL MEDIA