Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences

PERTANDINGAN THREE MINUTE THESIS PERINGKAT UUM

 

Pertandingan 3MT 2019

UUM ONLINE: Meor Muhammad Afif Aiman Abu Bakar merangkul tempat pertama “Three Minute Thesis” (3MT) UUM yang berlangsung di Studio OYAGSB, UUM pada 30 April yang lalu. 

Manakala tempat kedua disandang oleh Qasim Ali Nisar dan ketiga, Rachma Indriyani yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM600, RM400 dan RM200 serta hadiah dan trofi.

Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim, program 3MT yang diperkenalkan oleh University of Queensland Australia pada 2008 itu menyaksikan persaingan yang melibatkan pelajar PhD untuk menyampaikan tesis mereka dalam dalam masa tiga minit menggunakan satu slaid.

Ujarnya dalam majlis anjuran Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences (AHSGS) dengan kerjasama Othman Yeop Abdullah Graduate School Business (OYAGSB) dan Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), persaingan ini bertujuan mencabar para pelajar untuk membentangkan maklumat penyelidikan yang rumit dengan mudah, mudah diakses dan menarik.

“Tahniah kepada semua peserta yang menyertainya sehingga ke peringkat Universiti setelah dipilih di peringkat pusat pengajian. Saya percaya aktiviti sedemikian akan meletakkan pelajar kita selaras dengan yang lain dari universiti terkemuka.

“Melalui pertandingan ini peserta dapat meningkatkan kesedaran dan tahap keyakinan dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi sesi pembentangan viva kelak.

“Para pelajar mempamerkan kreativiti mereka dalam menyampaikan idea mereka dalam masa yang sangat terhad. Bayangkan 80,000 perkataan dalam masa 3 minit kepada orang awam. Saya sangat teruja untuk menyaksikan persembahan daripada para peserta,” ucapnya sebelum merasmikan majlis.   

 Pertandingan ini bermatlamat untuk menilai kebolehan pelajar peringkat kedoktoran (PhD) secara penyelidikan dalam menyampaikan idea dan hasil kajian secara efektif.

Di Malaysia pertandingan 3MT peringkat Universiti Awam pula diadakan pada setiap tahun yang mempertandingkan tiga kategori iaitu Sains dan Teknologi, Kejuruteraan dan Sains Sosial.

UUM pertama kalinya menyertai pertandingan ini pada tahun 2016 dan menjadi tuan rumah bagi pertandingan 3MT Malaysia pada tahun yang sama.

3MT ini selaras dengan harapan Universiti bagi menghasilkan graduan yang mampu menyampaikan idea mereka kepada masyarakat awam bagi mengembeleng pembangunan minda yang lebih dinamik.

Pertandingan 3MT akan dilaksanakan menerusi format yang telah ditentukan oleh pihak University of Queensland. Pada peringkat pertama, wakil setiap kolej akan bertanding mewakili pusat pengajian masing-masing.

Para pemenang peringkat 3MT universiti ini akan mewakili UUM di peringkat kebangsaan bertempat di Muzium Pendidikan Nasional, Perpustakaan Tuanku Bainun dan Auditorium Utama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 25 Jun 2019 akan datang.



Footer UUM Dec2018

 

CONTACT US

Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS)

Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman MALAYSIA

Tel : +604-928 5299
Email: ahsgsservices@uum.edu.my

OFFICE HOURS

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

SOCIAL MEDIA