Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences

Pandemik Covid-19 Tidak Halang AHSGS Terima Pelajar Pasca Siswazah Baru

Gambar Taklimat

UUM ONLINE: Seramai 141 orang pelajar baharu pasca siswazah dari dalam dan luar negara telah mengikuti taklimat atas talian sempena pendaftaran pelajar baharu Trimester Kedua Sesi 2020/2021 (202) yang dijalankan oleh Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS), UUM CAS, baru-baru ini.

Dekan AHSGS, Prof. Madya Dr. Hisham Dzakiria berkata, AHSGS amat berbesar hati dan berbangga untuk menerima bakal  pelajar pasca siswazah pada trimester ini.

“Terima kasih kepada anda semua kerana memilih Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai pilihan bagi pengajian pasca siswazah. Ia adalah satu keputusan yang tepat kerana UUM merupakan sebuah institusi yang terus meningkat kedudukannya dalam kalangan institusi sedunia dan sentiasa menawarkan program akademik terbaik, di samping pelbagai kemudahan untuk pembelajaran pelajar di sini.

“Apa yang penting sebagai pelajar pasca siswazah ialah perlu meletakkan fokus utama iaitu menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam masa yang ditetapkan (Graduate on Time),” katanya semasa menyampaikan ucapan aluan secara atas talian semasa pendaftaran pelajar baharu.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak AHSGS dan semua pusat pengajian di bawah UUM CAS akan cuba memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelajar.

Menurutnya, walaupun semua pihak sedang bekerja dalam norma baru disebabkan oleh Covid-19, namun itu bukan satu halangan malah pandemik itu juga memberi pelbagai peluang dan ruang untuk penambahbaikan yang merangkumi sistem sokongan dan pentadbiran pelajar di universiti ini.

Selain itu, dalam program yang sama, taklimat akademik pasca siswazah turut disampaikan oleh Dr. Siti Nazuar Sailin, diikuti taklimat berkenaan learning support oleh Prof. Madya Dr. Manvender Kaur.



Footer UUM Dec2018

 

CONTACT US

Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS)

Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman MALAYSIA

Tel : +604-928 5299
Email: ahsgsservices@uum.edu.my

OFFICE HOURS

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

SOCIAL MEDIA