Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences

AHSGS SASAR CAPAI KPI DITETAPKAN UNIVERSITI

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Nur Juaini Najwa Johari
Gambar oleh: Rosmiza Ahmad

AHSGS SASAR CAPAI KPI DITETAPKAN UNIVERSITI

beritaMeetGreet

UUM ONLINE: Bermulanya tugas sebagai Dekan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS) baharu, Prof. Dr. Norhafezah Yusof meletakkan sasaran untuk memastikan AHGSG mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan universiti.

Beliau berkata demikian pada Majlis Meet and Greet with Dean di Bilik Mesyuarat AHSGS selepas menerima watikah pelantikan penjawat utama UUM sebagai Dekan AHSGS berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Prof. Dr. Norhafezah dalam ucapannya berkata, warga AHSGS perlu bekerja bersama-sama bagi memenuhi KPI berkenaan dan memastikan keseronokan bekerja ketika menjalankan tanggungjawab sebagai staf UUM.

“Saya juga mahu semua staf di sini agar bekerja dalam suasana harmoni dan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik dalam pelbagai perkara.

“Terima kasih juga kepada Naib Canselor kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui AHSGS yang memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar pascasiswazah yang berkualiti,” katanya yang menggantikan Prof. Madya Dr. Hisham Dzakiria.

Pada sesi itu, beliau turut diberi taklimat ringkas berkaitan AHSGS oleh Ketua Penolong Pendaftar Kanan, AHSGS, Suraya Deraman. Sebagai rekod, Prof. Dr. Norhafezah pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC).

Beliau merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Komunikasi dari Nottingham Trent University, United Kingdom. Antara pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran di UUM ialah menjadi Pengarah Advanced Communication Research Unit, SMMTC UUM (2018), Ketua Jabatan di SMMTC, UUM (2014) dan Penyelaras Program (Pascasiswazah) SMMTC (2010).

Beliau juga telah dilantik sebagai Chair of Research and Consultation Committee, SMMTC, UUM (2018-2021), Editorial Member (2016-2022), Malaysian Journal of Learning & Instruction, (Indexed in SCOPUS, ERA, ESCI WoS, ACI) dan Visiting Scholar di Nanyang Technological University (NTU), Singapore (2015).



Footer UUM Dec2018

 

CONTACT US

Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS)

Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman MALAYSIA

Tel : +604-928 5299
Email: ahsgsservices@uum.edu.my

OFFICE HOURS

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

SOCIAL MEDIA