Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences

UUM KOMITED JADI HAB LALULAN APEL DI UTARA


UUM komited jadi hab laluan APEL di Utara

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) komited untuk menjadi hab pengajian laluan Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL) bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat di Utara tanah air menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata sudah tiba masanya ada sebuah universiti yang menjadi peneraju APEL di zon Utara supaya mudah untuk masyarakat meningkatkan kelayakan akademik menerusi inisiatif itu.
 
Katanya, seramai 60 peratus populasi bekerja dan bekerjaya di Malaysia layak untuk memohon APEL, justeru disarankan masayarakat di Utara yang mempunyai banyak pengalaman kerja merebut peluang untuk menyambung pengajian akademik.
“Mereka (warga Utara) perlu memanfaatkan peluang sebaik-baiknya pelantikan UUM sebagai Pusat Penilaian APEL kerana berada lebih dekat berbanding untuk ke Lembah Klang bagi mengikuti pengajian menerusi APEL.
 
“Inisiatif ini sejajar dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha membudayakan pengajian sepanjang hayat (PSH) dalam kalangan masyarakat Malaysia, seterusnya meningkatkan lagi kualiti pengajian tinggi negara untuk mencapai sasaran menjadi hab pendidikan global,” katanya pada Majlis Penyerahan Sijil Pusat Penilaian APEL UUM, di sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Ir Dr Khairul Salleh Mohamed Sahari dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof Dr Shahimi Mohtar.
 
Pada majlis itu, UUM menerima sijil lantikan Pusat Penilaian APEL bagi penawaran APEL.A bagi tujuan akses atau kemasukan ke program pengajian tinggi.
Sementara itu, Haim Hilman berkata, pihaknya berbesar hati apabila UUM dijadikan hab untuk APEL di zon Utara tanah air dan akan berusaha sehabis baik supaya lebih ramai dalam kalangan masyarakat dapat menyambung pengajian menerusi inisiatif terbabit.
 
Menyedari banyak kelebihan APEL kepada umum, beliau berkata, pihaknya kini dalam usaha untuk menawarkan APEL.C (anugerah kredit berdasarkan pengalaman terkumpul untuk mendapatkan pemindahan kredit untuk kursus dalam program) seterusnya APEL.Q (Anugerah Kelayakan Akademik).
 
“Ramai dalam kalangan masyarakat yang mempunyai banyak pengalaman kerja namun menghadapi kekangan untuk mengikuti pengajian akademik di universiti sebelum ini, boleh tampil menyambung pengajian bidang yang diminati.
“Kerjasama erat MQA dan UUM ini akan membawa hasil yang baik dalam usaha mendidikan anak bangsa,” katanya. – BebasNews

By Khadijah Ibrahim -02/03/2022



Footer UUM Dec2018

 

CONTACT US

Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS)

Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman MALAYSIA

Tel : +604-928 5299
Email: ahsgsservices@uum.edu.my

OFFICE HOURS

Sunday-Wednesday: 8.00 am to 5.00 pm
Thursday: 8.00 am to 3.30 pm
Lunch Time: 1.00 pm to 2.00 pm
Weekend (Friday & Saturday): Closed

SOCIAL MEDIA