Pada 3 April 2024, Awang Had Salleh Graduate School (AHSGS) UUM CAS telah mengadakan program “Rezeki Ramadan, Indahnya Syawal” dengan kolaborasi bersama Fast Act Advisory Agency (FAA). Program ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, AHSGS.
Dalam program in seramai sepuluh (10) pekerja dari Uniutama Property Sdn. Bhd. (UPSB) yang bertugas di sekitar bangunan AHSGS dan Pusat Pengajian
Pengkomputeran (SOC) telah dipilih untuk menerima sumbangan.
Objektif kolaborasi program ini bertujuan untuk membantu meringankan bebanan mereka yang memerlukan, terutamanya ketika bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Diharapkan dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan pada bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya.
Dalam ucapan alu-aluan, Prof. Dr. Yahya bin Don, Dekan, Awang Had Salleh Graduate School menyatakan kegembiraan beliau dapat berkolaborasi bersama
FAA Agency dalam menjalankan program ini sebagai sebahagian daripada komitmen kepada masyarakat yang memerlukan.
Sementara itu, Pengurus Fast Act Advisory Agency, Puan Noor Azarina Abd Kadir, dalam ucapan beliau menyatakan, agar program ini dapat menjadi inspirasi kepada mereka untuk memberi sumbangan kepada lebih ramai individu dan masyarakat yang memerlukan bantuan terutamanya pada waktu-waktu penting seperti bulan Ramadan.
Program ini diakhir dengan penyampaian sumbangan kepada para penerima. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Dekan, Penolong Pendaftar Kanan dan
Kakitangan AHSGS.